Lot 1384-B. Kg.Paya Pulai, 85000 Segamat, Johor Darul Ta'zim. Tel:
07-9329179 Email: pastifirdaus@yahoo.com

Kandungan:

Ucapan Ketua Pengarah Jabatan PASTI Pusat

Sejarah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)

Falsafah Pendidikan

Visi

Kuasa Penubuhan PASTI

Kurikulum PASTI

Program PASTI

 

 

 

 

 

 

Ucapan Ketua Pengarah Jabatan PASTI Pusat

PENDIDIKAN RAKYAT

DARI RAKYAT, OLEH RAKYAT DAN UNTUK RAKYAT

Benarkah tuduhan yang mengatakan PASTI;

  1. Mengajar kanak-kanak membenci pemimpin negara?

  2. Menanamkan sentimen politik kepartian dalam diri kanak-kanak?

  3. Berikrar setiap pagi untuk menumbangkan pemerintah melalui keganasan?

  4. Memperalat kanak-kanak untuk merayu undi semasa pilihanraya ?

  5. Guru-guru PASTI tidak terlatih dan cetek pengetahuan agama?

  6. Tiada kurikulum khusus dalam PASTI!?

Prasarana PASTI amat daif dan tidak sesuai?

Serta pelbagai tuduhan liar yang tidak berpijak di bumi nyata.

    Sesungguhnya, tuduhan-tuduhan di atas amat menyayatkan hati para guru, ibu bapa dan pengurus-pengurus PASTI di semua peringkat. Tuduhan tersebut bukan saja tidak dibuktikan bahkan mereka tidak diberi peluang langsung untuk menjelaskan keadaan sebenar. Hak mereka sebagai penganut Islam yang menyedari tanggungjawab untuk menyebar luaskan ilmu agama telah dihina dengan dahsyat sekali.

    Oleh itu, Jabatan PASTI Pusat (JPP) menyeru kepada semua pihak yang menaburkan fitnah tidak berasas itu supaya menghentikan perbuatan terkutuk itu. Semua warga PASTI diminta bersabar dan tabah menghadapi fitnah ini. Semangat dan istiqamah perlu ditingkatkan.

    Para guru diminta meneruskan tugas untuk mendidik anak-anak mengikut kurikulum dan silibus yang telah ditetapkan.

    Ibu bapa dan penjaga murid PASTI diminta bertenang dan tidak terpengaruh dengan semua tuduhan tersebut. JPP yakin dan percaya tindakan ibu bapa menghantar anak mereka ke PASTI dibuat atas kesedaran bukan paksaan. Kepercayaan masyarakat tentang kemampuan PASTI untuk mendidik anak-anak mereka dengan ilmu asas Islam dan akademik amat dihargai.

    Di samping itu, JPP menyeru ibu bapa terlibat secara langsung dalam Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) untuk meningkatkan kualiti, keselamatan dan prasarana asas PASTI.

    Perkembangan yang berlaku membuktikan bahawa usaha menjadikan PASTI sebagai institusi pendidikan rakyat semakin menyerlah dan diiktiraf. Bezanya, pada zaman rakyat digerakkan dengan kemajuan dan ledakan ilmu pengetahuan, sehingga parti-parti politik komponen Barisan Nasional pun mendirikan institusi pndidikan atas nama parti; Umno masih tidak menyedari realiti yang sedang berlaku di hadapan mata dan ketika mereka sedang memerintah.

    Umno tidak mahu bersaing secara sihat dalam bidang pendidikan yang menjadi asas pembinaan dan perkembangan tamadun negara. Sebaliknya, lebih cenderung mengambil langkah untuk menunjukkan kuasa walaupun terhadap kanak-kanak, ibu bapa dan menimbulkan keresahan rakyat. Walau apapun, PASTI akan terus memperkasa gerakan dan melangkah gagah untuk membangunkan pendidikan rakyat, dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat di negara yang tercinta ini.

Ketua Pengarah, Jabatan PASTI Pusat.

 

Sejarah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)

Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bermula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pendidikan- yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu maka timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam yang pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM.

    Antara negeri-negeri awal yang melaksanakan program ini ialah Kedah dan Terengganu. Namun di sana terdapat suatu yang menarik dan segi pengasasai pengelolaan dan pengendalian pusat-pusat berkenaan. suasana yang ada ketika itu ( di mana berlakunya persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam se( Malaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagika peranan pendidikan ini kepada ABIM seawal tahun 1980 telah lahimya pusa pusat pendidikan pra sekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TAsKI).

    Di Terengganu pada tahun 1985 TasKI di kendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu. Manakala di Kelantan pusat pra sekolah yang dikenali sebagai Purta Islam yang di kendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan sejak tahun 1988.

    Di Kedah dan beberapa negeri lain khususnya di sebelah utara telah wujud pusat-pusat pra sekolah yang di beri nama Pusat Asuhan Tunas Islam ( PA sTI) yang di kendalikan oleh Dewan PAS negeri masing-masing pada tahun 1988 hasil daripada penyelarasan semua TA sKI yang dikelolakan oleh ahli-ahli PAS. Tanggal 10 April 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Muktamar Tahunan Ke-28 telah meluluskan usul pendidikan yang mendesak diwujudkan program pendidikan untuk anak-anak ahli PAS.

    Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama PASTI untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Prasekolah dibentuk diperingkat Pusat yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Abdullah untuk menyelaraskan PASTI.

    Pada 29- 30 Mei 1988 telah berlangsung Seminar Prasekolah di Masjid Rusila Marang Terengganu yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Dua kertas kerJa telah dibentangkan iaitu "Struktur Organisasi dan Penyelarasan Pendidikan Prasekolah" oleh Ustaz Abd Halim Arshat dan "Penyelarasan Manhaj Pendidikan Prasekolah' oleh Ustaz Harun Taib. Ustaz Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah PASTI Pusat yang pertama pada 18 Mei 1989 bersama sdra. Haji Mohd Najib Fahami Haji Yahaya sebagai Timbalan Ketua Pengarah sdra. Ishak Ismail sebagai setiausaha dan sdra. NohAhmad sebagai Bendahari serta Pengarah-Pengarah PASTI Negeri sebagai Ahli Jawatankuasa PASTI Pusat.

    Pada 21 Julai 1991 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengarahkan semua PASTI menggunakan logo baru yang rasmi dalam semua urusan PASTI. Logo ini telah direka oleh Raja Abdul Aziz Raja Ailan yang memenangi Pertandingan Mencipta Logo PASTI yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.

    PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ini dengan pertambahan kelas-kelas di seluruh negara dan pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.

 

 

Falsafah Pendidikan

Falsafah Pendidikan Negara

    Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan Insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan , akhlak mulia, bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kerharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Islam

    Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu. kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat , alam sekitar dan negara kearah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

Falsafah Pendidikan Pasti

    Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek Syakhsiyyah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada ISLAM, IMAN DAN IHSAN. Mengambil kira potensi dan bakat yang sedia ada, pendidikan PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognitif, psikomotor, bahasa sosio emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam. Usaha-usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka menjadi warga yang cintakan negara serta' berpegang teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredhai oleh Allah S .W.T di dunia dan di akhirat.

 

 

Visi

Melahirkan Insan Soleh di Malaysia melalui Pendidikan Pra Sekolah Sebagai Elemen Terpenting.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kuasa Penubuhan PASTI

PASTI merupakan suatu aktiviti PAS yang tertakluk sepenuhnya kepada Perlembangaan PAS melalui Fasal 6 (2) yang mana Perlembangaan PAS ini telah didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan.

Perlembaqaan PAS Fasal 6 (2) Pindaan2001 :

Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bemegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

 

 

 

 

 

 

Kurikulum PASTI

    Mukadimah

    Kandungan dan Fungsi

    Rujukan Kurikulum PASTI

    Matlamat / Sasaran

    Hadaf (Objektif)

    Sumber-Sumber Hadaf

    Hadaf-Hadaf Am

    Hadaf-Hadaf Khas

    Rekabentuk Kurikulum

    Struktur Kurikulum PASTI

 

 

 

 

 

Mukadimah

    Kurikulum Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI) merupkan satu kurikulum pra-sekolah yang dibina khusus untuk pengajian kanak-kanak berumur 5-6 tahun berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dan Falsafah Pendidikan PASTI (FPP) yang melibatkan anak-anak PASTI dan guru (mualimah).

 

 

 

 

 

 

 

 

Kandungan dan Fungsi

    Kurikulum PASTI adalah mengikut susunan kandungan yang diajar secara tersusun dan sistematik bagi memenuhi serta mencapai matlamat Tarbiyyah Islamiyyah. Pada dasarnya, kurikulum ini adalah pancaran konsep Insaniyyah dri Manhaj Al-Hayah Al Rabbani yang berpaksikan Iman, Islam dan Ihsan. Fungsinya ialah bagi mengawal dan memelihara fitrah manusia supaya potensi-potensi rohaniah, aqliah dan jasmaniyah tidak dirosakkan oleh pengaruh alam sekeliling yang merendahkan kualiti iman manusia. Selain itu, kurikulum PASTI juga berfungsi untuk memperkembangkan fitrah serta potensi-potensi kemanusiaan selaras dengan kehendak matlamat Pendidikan Islam.

 

 

 

 

 

 

 

Rujukan Kurikulum PASTI

    Rujukan Kurikulum ialah Al-Quran, Sirah Rasul, Sirah Sahabat r.a dan Sejarah Peradaban serta Tamadun Islam. Kesemua rujukan mengutarakan kepentingan kepada pengajaran Tauhid, Fiqh, Akhlaq dan Sirah di samping pengajian bahasa-bahasa, ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kehidupan manusia dan riadah.

 

 

 

 

 

 

 

 

Matlamat / Sasaran

    Sasaran paling utama dalam pembinaan kurikulum pendidikan Islam ialah bagaimana memelihara dan mengembangkan fitrah manusia yang sihat. "Fitrah" dengan segala macam persediaan dan keperihalannya yang berpotensi dalam din manusia merupakan amanah Allah yang mesti dijaga dan dipelihara supaya ianya tidak dirosakkan. Bahkan, fitrah ini wajar diperkembangkan ke tahap "kesempurnaan kemanusiaan" yakni "Al-Kamalul- Insani".

    Pencapaian peringkat "AI-Kamalul-lnsani" merupakan sebagai suatu persediaan bagi membolehkan seseorang itu hidup berbahagia di dunia dan akhirat. Kebolehan untuk hidup bahagia ini bukanlah didasarkan kepada kemampuan seseorang mengadakan sesuatu yang diingininya atau memenuhi pennintaan masyarakat sekelilingnya, tetapi sebaliknya bersandarkan kepada kemampuan seseorang itu mengisi dan mengolah kehendak-kehendak fitrah yang sihat yang dapat memberi sumbangan terhadap masyarakat sekeliling mengikut batas-batas dan norma-norma yang di tetapkan oleh Rabbul A’lamin.

    Beberapa aspek fitrah yang menjadi cirri kemanusiaan hendaklah diberi kawalan dan pembaikan yang bermula dengan mengajar dan mengasuh. Para guru (mualimah) bertanggungjawab memperkenalkan nilai-nilai mumi yang unggul dan yang sebenarnya dalam hidup ini.

    Perkembangan fitrah yang selanjutnya akan berlaku dengan penekanan terhadap fitrah yang berpotensi membentuk peribadi muslim yang unggul serta selari dengan nilai-nilai murni yang diajar. Antara aspek fitrah yang paling penting dalam pengawalan dan pengembangan potensinya ialah akal dan perasaan. Kedua-duanya mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap gerak laku manusia. Pemumian kedua-dua aspek ini akan menjadi asas kepada perkembanganjiwa dan peribadi anak-anak selanjutnya

 

 

Hadaf (Objektif)

    Hadaf (Am dan Khas) merupakan ciri utama pembinaan Kurikulum (Curriculum Construction) sebagai hala tuju memenuhi matlamat sesuatu pendidikan. Walau bagaimanapun untuk menentukan (objektifnya). Sebagaimana yang dinyatakan bahawa teras utama pendidikan fASTI ialah Ketuhanan, maka semua aspek, konsep, pendekatan serta perkaitannya dengan semua mata pelajaran menjurus kepada mencapai keredaan Allah SWT. Kurikulum ini akan menentukan hala tuju dan corak hidup anak-anak PASTI yang akan berdepan dengan cabaran semasa sebagai garis pemisah kehidupan yang haq atau batil, baik dan jahat, berbahagia atau celaka.

    Asas pegangan yang kukuh serta fitrah semulajadi yang terarah ini akan mempengaruhi dan mewarnai tindakan serta perilaku anak-anak PASTI. Norma-norma kehidupan yang baik dan amalan-amalan soleh yang diterima di PASTI menerusi kurikulum yang diikuti akan menjadi kebanggaan individu dan masyarakat. Seterusnya generasi yang terdidik dengan sistem pendidikan Islam ini akan menyumbang ke arah kemakmuran dan kesejahteraan negara dengan iltizam dan komitmen yang tinggi untuk memenuhi aspirasi negara.

    Keberkesanan dan kemantapan kurikulum PASTI ini akan dapat direalisasikan menerusi dua elemen penting iaitu penggunaan bahasa sebagai wasilah (pengantar) dan wahyu sebagai sumber ilmu yang sebenarnya. Justeru, pengajaran dan Pendidikan AI-Quran serta AI-Sunnah hendaklah diserapkan dalam semua mata pelajaran serta digabungjalinkan dengan penyerapan ilmu bantu-ilmu bantu yang lain.

 

 

 

Sumber-Sumber Hadaf

Sumber-sumber hadaf PASTI meliputi aspek-aspek berikut:

  1. Tuntutan Islam terhadap pendidikan dan kepentingannya dari aspek Rohaniah,Aqliah dn jasmaniah.

  2. Maklumat tentang tingkat perkembangan murid(child development),keperluan(needs)dan minat semulajadi (fitrah)

  3. Keadaan budaya hidup dan masalah-masalah mereka.

  4. Ciri-ciri dan jenis pembelajaran hasil daripada penelitian mata pelajaran – mata pelajaran yag disediakan .

 

 

 

 

 

 

 

 

Hadaf-Hadaf Am

  1. Untuk menyediakan wadah/uslud pendidikan yang menguntungkan masyarakat islam dan ummah secara umumnya.

  2. Sebagai tapak semaian yang menjadi tunjang kekuatan dan pertahanan ummah yang akan membela agama,bangsa dan negara.

  3. Untuk membina generasi yang peka dan kukuh dari segi iman,syaksiah,akal dan jasmaniah.

  4. Bagi melahirkan generasi yang mampu melaksanakan budaya islam dalam semua kehidupan individu,masyarakat dan negara.

 

 

 

 

 

 

 

Hadaf-Hadaf Khas

  1. Untuk membina generasi yang berasaskan kepada iman dan ihsan dalam kehidupan dan penghidupan mereka serta segala keperihalnya.

  2. Bagi meyediakan rangsangan-rangsangan bercorakkan Islam sesuai dengan perkembangan rohadiah,Aqilah dan jasmaniah murid-murid secara konsiste dan intensif.

  3. Untuk mengenali kehidupan islam dan membezakan dengan kehidupan jahiliyah sesuai dengan peringkat kematangan mereka mengamalkan cara hidup islam dan mejauhkan diri dari cara hidup jahiliyah dengan mengerjakan ibadah,mengasah daya fikir,budaya kerja,kemahiran kerja dalam menghayati kebesaran,kekuasaan dan kekayaan illahi.

  4. Untuk memberikan didikan mengenai kemahiran berkomunikasi dalam kehidupan harian secara Islam.

  5. Untuk memberikan didikan dan asuhan dalam menguasai cara hidup islam yang berpandukan iman,islam dan ihsan untuk mencapai keredhaan illahi.

 

 

 

 

 

 

Rekabentuk Kurikulum

    Oleh kerana kurikulum pendidikan islam berpaksikan kepada tauhid (ketuhanan)dan matlamatnya untuk membina "Sahsiah Islamiah" yang mencernakan dua ciri kemanusiaan yang sangat penting iaitu kehambaan diri kepada allah (Ibadatullah)semata-mata dan kelayakan diri sebagai (khalifatulla Fill – Ard)maka untuk mencapai matlamat ini memerlukan pelaksanaan yang berkesan. Ini bermakna dengan sendirinya proses pendidikan melibatkan pengajaran dan pembelajaran serta pengasuhan teori-teori Pendidikan semasa (educational theories)bagi melaksana dan menjayakan program-program pendidikan. Walau bagaimanapun kaedah-kaedah dan teknik-teknik pendidikan semasa yang tidak bertentangan dengan islam boleh membantu kepada pelaksanaan pendidikan islam bolehlah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

    Pembentukan Kurikulum PASTI mengambil kira turutan(sequences)dan perseimbangan(equlibrium)bagi mempastikan model ini berkesan dan mencapai hadafnya(objektifnya). Sebagaimana yang dinyatakan bahawa teras utama pendidikan PASTI ialah ketuhanan, maka semua aspek,konsep,pendekatan serta perkaitanya dengan semua mata pelajaran menjurus kepada mencapai keredhaan allah SWT. Kurikulum ini akan menentukan hala tuju dan corak hidup anak-anak PASTI yang akan berdepan dengan cabaran semasa sebagai garis pemisah kehidupan yang had atau batil,baik dan jahat,berbahagia atau celaka.

    Asas pegangan yang kukuh serta fitrah semulajadi yang terarah ini akan mempengaruhi dan mewarnai tindakan serta perilaku anak-anak PASTI. Norma-norma kehidupan yang baik dan amalan-amalan soleh yang diterima di PASTI menerusi kurikulum yang diikuti akan menjadi kebanggaan individu dan masyarakat. Seterusnya generasi yang terdidik dengan sistem pendidikan ISlam ini akan menyumbang ke arah kemakmuran dan kesejahteraan negara dengan iltizam dan komitmen yang tinggi untuk memenuhi aspirasi negara.

    Keberkesanan dan kemantapan kurikulum PASTI ini akan dapat direalisasikan menerusi dua elemen penting iaitu penggunaan bahasa sebagai wasilah dan wahyu sebagai sumber ilmu yang sebenarnya. Justeru, pengajaran dan pendidikan Al-Quran serta A-Sunnah hendaklah diserapkan dalam semua matapelajaran serta digabungjalinkan dengan penyerapan ilmu bantu-ilmu bantu yang lain.

 

 

Struktur Kurikulum PASTI 

Kurikulum PASTI dirangka menerusi empat bidang yang saling berkaitan perlaksanaannya. Keempat-empat bidang itu ialah:

    1. Ilmu Fardu Ain
    2. Ilmu Fardu Kifayah
    3. Ilmu Alat
    4. Sumber Ilmu

Maklumat-maklumat yang terkandung dalam keempat-empat bidang tersebut diperincikan lagi menerusi matapelajaran yang diajar. Isi kandungan matapelajaran-matapelajaran pula adalah merupakan ciri utama ke arah pencapaian hadaf-hadaf yang telah ditetapkan. Isi pelajaran adalah disusun dan dibentuk dalam ruang lingkup yang lengkap bagi memenuhi semua bahan yang dipelajari, ciri-ciri semulajdi mengikut turutan, bersepadu serta mempunyai perkaitan dan realistik berasaskan sumber dan masa yang diperuntukkan.

Matapelajaran yang diajar di PASTI adalah seperti berikut:

    1. Al-Quran
    2. Al-Tauhid
    3. Al-Fiqh
    4. Al-Sirah
    5. Al-Akhlaq Wal Adab
    6. Asas Bahasa dan Tulisan (Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Tulisan Jawi)
    7. Al-Tibb (Kesihatan)
    8. Pendidikan Sosial dan Pembangunan Insan
    9. Alam dan Manusia
    10. Ilmu Hisab / Asas Matematik
    11. Riadah / Pendidikan Jasmani
    12. Teknologi Maklumat ( Pengenalan Asas Komputer)

 

 

Pendekatan Pengajaran PASTI

    Pada peringkat asas pra-sekolah PASTI ini, matapelajaran tidak diajar secara tersendiri (terpisah-pisah) tetapi diajar dengan cara penyerapan menerusi gabung jalin melalui kemahiran membaca dan menulis. Oleh itu, semua matapeljaran yang akan diajar akn dipastikan:

    1. Saling berkaitan antara satu matapelajaran itu dengan matapelajaran Tauhid.
    2. Gabung jalin antara matapelajaran-matapeljaran seperti bahasa dengan kegiatan membaca dan menulis serta menghafal.
    3. Penyerapan satu matapelajaran yang lain seperti Sirah, Al-Quran yang diserapkan ke dalam pelajaran Bahasa, Tauhid, Ilmu Hisab, Kesihatan, Alam dan Manusia dan seumpamanya.

 

 

 

 

 

 

 

Program PASTI

    Program Bengkel Pembinaan Buku Teks Tahun 6 - Preview

    Program Seminar Pemantapan Kurikulum Latihan Guru Pakar PASTI Pusat dan Kurikulum PASTI - Preview

    Program Kursus Penyediaan Hand-Book Pengajaran Guru PASTI Pusat - Preview

 

 

 

 

 

 

 

Program Bengkel Pembinaan Buku Teks Tahun 6

Preview Bengkel

    Bengkel ini adalah lanjutan bengkel ketiga pembinaan dan penghasilan buku teks PASTI Pusat untuk murid-murid PASTI 6 tahun. Pertemuan kali pertama dan kedua diadakan pada tahun lalu di De Palma Inn KLIA Sepang pada bulan April dan bulan Julai di Concorde Inn KLIA. Seramai 20 panel penulis dari kalangan tenaga pendidik profesional dan guru pakar PASTI Pusat akan berhimpun dan menghasilkan draf terakhir buku teks dan latihan PASTI. Menjadi polisi PASTI Pusat bahawa buku teks PASTI Pusat diganti setelah buku teks diguna pakai untuk tempoh lima tahun. Ini bertujuan bagi mengikuti perkembangan semasa pendidikan agar seiring dengan kemajuan penemuan-penemuanterbaru dalam kaedah pendidikan dan teknologi pendidikan. Input-input baru ini diintegrasikan dalam penghasilan buku teks PASTI bagi mencapai Falsafah Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dan Falsafah Pendidikan PASTI. Draf terakhir ini akan dimurnikan dan dihantar untuk tujuan pengeditan dan penghasilan grafik teks.

    Setelah sempurna, dijangka satu pembentangan prototaip Buku Teks PASTI 6 Tahun akan diadakan oleh unit yang sama pada 18 & 19 Mei 2002 di Melaka dalam satu program yang dinamakan "Bengkel Penilaian Buku Teks PASTI Tahun 6." Tokoh-tokoh pendidik dan pensyarah-pensyarah berpengalaman dalam Pendidikan Pra-Sekolah akan diundang khas untuk menilai dan membuat komentar terhadap mutu kandungan buku teks dan konsep penghasilan buku teks kali ini. Buku Teks PASTI 6 Tahun meliputi mata pelajaran Bahasa Melayu (Teks & Latihan), Bahasa Inggeris (Teks & Latihan ), Bahasa Arab ( Teks & Latihan), Matematik (Teks & latihan ), Jawi (Teks & Latihan), Sirah( Teks ), Pendidikan Sains Sosial dan Pembangunan Insan (Teks) dan Pengenalan Asas Komputer (Teks ) akan diterbitkan. Buku-buku ini akan dilancarkan dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat yang dijangka pada penghujung Mei tahun 2002 yang akan disempumakan oleh Tim. Presiden PAS Pusat iaitu YB Dato Seri Tn Guru Hj Abdul HadiAwang, Menteri Besar Terengganu.

 

 

Program Seminar Pemantapan Kurikulum Latihan Guru Pakar PASTI Pusat dan Kurikulum PASTI

Preview/seminar

    Seminar ini diadakan bertujuan untuk menyemak dan memurnikan semula Kurikulum Latihan Guru Pakar dan menghasilkan modul latihan guru pakar yang lebih komprehensif dan objektif untuk menghasilkan guru pakar yang benar-benar berwibawa dan cemerlang dalam pengurusan kurikulum dan ko-kurikulum. Selain itu, penghasilan modul latihan ini akan member! garis panduan kepada moderator dan fasilitator yang terlibat menjayakan latihan guru pakar ini agar pengisian latihan menepati objetif latihan seperti yang digariskan oleh PASTI Pusat. Selain itu peserta seminar ini juga turut terlibat merangka kurikulum khas iaitu Kurikulum PASTI Bestari selain menyemak dan memurnikan kembali Kurikulum PASTI 6 Tahun dan Kurikulum PASTI 5 Tahun. Pemantapan kurikulum latihan penguruan dan kurikulum PASTI penting supaya beriaku anjakan paradigma yang lebih menyeluruh dalam kemajuan PASTI yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat. Dijangka draf yang dihasilkan ini akan dijadikan Buku Panduan (Hand Book) yang lebih sempurna cetakannya dan akan dibekalkan kepada seluruh unit di bawah kelolaan PASTI Pusat, Negeri, Kawasan Dan Cawangan.

 

 

 

 

 

Program Kursus Penyediaan Hand-Book Pengajaran Guru PASTI Pusat

Preview Kursus

    Kursus ini diadakan bertujuan untuk menghasilkan satu buku panduan lengkap pengajaran guru berdasarkan kurikulum dan buku teks PASTI yang dibina oleh pakar-pakar pengajaran di kalangan unit kurikulum dan majlis guru. Buku panduan pengajaran atau hand book ini penting bagi memandu guru-guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang baikdi PASTI. Guru-guru atau mualimah-mualimah PASTI boleh mendapatkan gambaran bagaimana untuk melaksanakan sesuatu pengajaran sama ada bidang kepakarannya sendiri atau mata pelajaran yang bukan kepakarannya. Buku ini juga memuatkan pelbagai kaedah teknik, alat bantu mengajar yang autentik untuk diintegrasikan dalam pengajaran di bilik darjah. Kepelbagaian suasana, kaedah dan teknik pengajaran ini dijangka mampu merangsang minat murid-murid dan menggalakkan mereka banyak terlibat dalam proses kemahiran berfikir. Penyerapan unsur-unsur pendidikan Islam mewarnai pengajaran yang diintegrasikan dengan bahan-bahan pengajaran terpilih.